Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : Bil. ( 3 ) dlm.SKTB-700-2/19 2020
Tarikh : 24 Jamadill Awal 1441
20 Januari 2020
IBUBAPA/PENJAGA MURID
SK TELOK BAKONG
Tuan,
MAKLUMAN CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2020
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Setiap tahun kita akan menyambut beberapa perayaan besar negara seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha dan sebagainya. Untuk tahun 2020, Perayaan Tahun Baru Cina jatuh pada 25.01.2020 (Sabtu) dan 26.01.2020 (Ahad).
3. Untuk tahun ini, Hari Raya Cina tidak berada dalam cuti persekolahan, namun begitu Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan Takwim Cuti Sempena Perayaan 2020, bagi memberi beberapa hari cuti sempena perayaan besar negara.
Untuk tahun 2020, KPM telah memberikan cuti pada tarikh berikut mengikut Kumpulan/Negeri. Negeri Perak adalah di dalam kumpulan B:
Oleh yang demikian, secara rumusannya semua sekolah akan bercuti berdasarkan tarikh berikut;
Kumpulan B: 23.01.2020(Khamis) – 27.01.2020 (Isnin)
4. Untuk makluman tuan, murid-murid akan bersekolah semula pada 28.01.2020 (Selasa). Diharapkan pihak tuan dapat memastikan keselamatan anak jagaan tuan semasa musim perayaan ini terjaga .
5. Segala perhatian daripada pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020"
Saya yang menjalankan amanah,
……….……………………
IBRAHIM BIN PARDI
Guru Besar.
s.k
1. Fail surat kepada ibubapa 2020
2. Fail HEM
"SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN"